Jika anda ke sesebuah restoran, apakah yang bermain di benak fikiran anda? Mengapa restoran tersebut dipilih sebagai tempat untuk anda menjamu selera? Sesetengah pengunjung mungkin merancang hendak ke restoran tersebut kerana keselesaan, keenakan masakan atau kerana ingin mencuba menu yang baru.

Pilihan Menu di Warong Kitchen
Jika anda ke Warong Kitchen, anda boleh mencuba pelbagai menu bertemakan western seperti chicken chop,chicken grill,fish and chips dan lain -lain. Apa yang istimewa yang kami ingin berikan adalah dengan memberi kelainan hidangan dan citarasa yang unik, pastinya memberi rasa yang berbeza. Menu yang dimaksudkan adalah Chicken Chop dengan Sos Lemon. Menu ini menjadi signature bagi Warong Kitchen kerana ingin memberi kelainan citarasa yang berbeza dari kedai2 western yang ada.
Chicken Chop Lemon Sos
Chicken Chop Lemon Sos (CCLS) merupakan Signiture Warong Kitchen. Ayam Chiken Chop yang di goreng rangup dan panas akan dihidangkan bersama fries dan coleslow dan dituang dengan sos lemon yang lazat. Sos ini diperkenalkan oleh chef yang mempunyai 15 tahun pengalaman di Hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Dengan pengalaman beliau, Lemon Sos ini dibawa masuk ke dalam menu Warong Kitchen dan mendapat pujian ramai oleh penggemarnya.
Lemon sos kebiasaannya digemari oleh masyarakat cina. Namun sejak diperkenalkan di Warong Kitchen didapati dikalangan masyarakat Melayu dan India juga menggemarinya.
Commenti