top of page
Search

Biografi Perniagaan Warong Kitchen

Noor Hafiza

Updated: Jul 1, 2022

Assalamualaikum...

Perniagaan sektor makanan bukanlah satu perniagaan yang baru di era serba canggih ini. Namun perniagaan berasaskan penyediaan makanan semakin hari semakin mencabar di tambah lagi dengan kos bahan mentah yang semakin tinggi dan permintaan pelanggan yang inginkan makanan yang murah dan rasa yang berkualiti. Persepsi pelanggan yang menginkan harga makanan seperti era 90an tidak dapat di bendung dan ini menjadi cabaran besar buat peniaga makanan dan minuman zaman ini. Warong Kitchen juga tidak terlepas dari cabaran ini. Namun, menceburi dunia perniagaan ini adalah pilihan dan bagaimana kita menghadapi semua cabaran ini bergantung pada strategi untuk memastikan perniagaan ini terus releven di mata masyarakat.



Permulaan Perniagaan Warong Kitchen

Warong Kitchen mula beroperasi pada 6 hb Januari 2021 , Operasi pertama Warong Kitchen ada lah di sebuah Gerai Makanan dan Minuman atau Warong bertempat di Jalan Permatang Rawa,Bukit Mertajam. Asal usul Nama Warong Kitchen dipilih kerana Lokasi perniagaan kami adalah di warong tersebut. Oleh kerana perniagaan di warong makan Warong Kitchen dipilih sebagai nama restoran kami.


Warong Kitchen bermula dengan perniagaan "Kambing Perap Tangkap Leleh" dimana pemilik ingin mengembangkan minat terhadap perniagaan bertemakan western. Walaupun pada asalnya, pemilik memilih untuk memulakan perniagaan dengan masakan tomyam dan western. Namun memilih untuk fokus pada western sahaja.

Dugaan Covid-19 dan PKP

Namun perniagaan yang dimulakan pada tahun tersebut ditampar dengan ujian covid-19 dimana PKP pertama di umumkan. Perniagaan yang baru diperkenalkan terpaksa di tutup dalam jangkamasa yang lama, walaupun ada seketika sektor makanan dibenarkan beroperasi secara atas talian atau "tapau" / COD. Ini memberi tamparan hebat kepada pemilik restoran.


Sepanjang tempoh PKP pemilik merancang untuk berpindah atas beberapa faktor terutama untuk memperkembangkan dan menarik lebih ramai pelanggan untuk datang. Serta memberi keselesaan dan kemudahan parking yang selesa untuk para pelanggan.Lokasi yg dipilih adalah di Pusat Perniagaan Perdana Jaya dimana lokasi dimana Warong Kitchen sedang beroperasi sekarang.





Proses pemindahan mengambil masa beberapa bulan dan selesai sahaja pemindahan dan renovasi kedai, PKP kedua pula dilanjutkan dan restoran terus operasi secara atas talian /COD.


Pengumuman dine in diumumkan dan Warong Kitchen mengadakan "lounching" pembukaan di restoran baru dengan memberi 100 bungkus Chicken Chops percuma kepada Pelanggan.






Rasminya Warong Kitchen Beroperasi

Oktober 2021 adalah dengan rasminya Warong Kitchen beroperasi secara "Dine in "sehinggalah sekarang. Ramai pelanggan yang berpuas hati dengan rasa dan servis yang di berikan. Ada juga yang memberi pendapat membina untuk penambahbaikan restoran dan kami mengambil itu sebagai langkah positif memberi perkhidmatan yang terbaik. Anda boleh terus ke face book kami di https://www.facebook.com/citarasawestern/ dan lokasi kami di:https://goo.gl/maps/szAxu4UEXBpWrzgm7

Hubungi kami:0174326436



 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

Contact

017-4326436

Follow

  • Facebook

©2022 by Warong Kitchen Menu. Proudly created with Wix.com

bottom of page